This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Sehari di Becah Pak Yek


Pagi Ahad, Cudah ajak ke Becah Pak Yek. Tengok kebun ayah yang tak diketahui buah menjadi ke tak. Menurut Fuyah, banyak bunga durian masa dia part time menebas. Som pagi tu bermula la adventure. Kak Long, Syu, Tam berjalan kaki bersama-sama Cudah & Uyah. Dalam 30 minit sampai la kami ke destinasi setelah melalui Kg. Berangan, Derian Belabu, dan banyak lagi nama pelik2. Ondeway di laluan kebun Mak Long Sidah, Cudah bersahut-sahutan dulu. Nampak Mak Long Sidah and cucunya.

Ni kali ke2 aku tiba di becah pak yek. So, dah boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Tapi Syu trkejut beruk tengok bukit 90 drjh ketinggiannya. Kami mendaki bukit ikut laluan kebun arwah Pak Long Baba. Jenuh jugak la nak sampai atas. Dah sampai puncak, kena turun pulak. Baru jumpa kebun ayah. Sadisnya, buah tak menjadi. Sepokok tu ada la dalam 5, 6 biji durian. Tapi ada gak yang yilek! Pokok moktan pun kurus, siap kena tebang nak ambil buah, sambil nak bagi tumbuh tunas baru. Manggis pun tak menjadi. Nasib baik manggis kat kampung menjadi, berjelak buah halong2..hehe..

Yang syoknya, Kak Long tetap setia dengan handsetnya. Bermesej setiap masa. Hebat, becah pak yek pun ada line. Syu pulak kira dok menjerit coz digigit pacat sampai ke lutut.

Menurut Cudah, buah tak menjadi coz takder bau orang. Maksudnya mendalam... kena dok gi jenguk selalu baru buah akan menjadi. Hmm.. betul jugak pendapat Cudah. Kena wat kajian kes ni. Cudah juga sempat turunkan petua supaya tubuh badan sentiasa sihat. Pertama, minum air didih nasi. Kedua, mandi sekali sehari jer :) Petua dari Tok Pah katanya... Tapi tengok Cudah steady jer daki bukit.

Dulu-dulu, becah pak yek ditanam dengan pokok getah. Cudah sempat story kisah arwah Pak Long (suaminya) datang mengorat.. hehe.. Sedih gak tengok becah tinggalan ayah... susah payah dia gantikan pokok getah dengan buah-buahan untuk anak cucu cicitnya, tapi terbiar begitu saja. Sebab tu lah Cudah minta cari gak sorang menantu orang kampung, bleh jaga kebun. Kak Long dah offer seseorang..hehe..

Sekian laporan sehari di becah pak yek : )
Posted by Picasa
1 comments

3. Zaman Dolu2




Posted by Picasa
0 comments

2. Zaman Dolu2


Macho habis arwah ayah & anggun tak kira our mother. 22 April.... hmm nilah tarikh perkahwinan mereka yang hanya diketahui beberapa tahun lalu. Kes boleh tau sebab masa Yuni nak pindah sekolah, sijil perkahwinan orang tua diperlukan. Terpaksa pergi cari di pejabat agama baling. Nasib baik jumpa. Tau juga tarikh perkahwinan mereka. Sayangnya sepanjang hayat ayah, beliau tak pernah sambut anniversary...
Posted by Picasa
0 comments

1. Zaman Dolu2


Gambar ni kalau tak salah di snap di lubuk pedati...tempat kelahiran tok yes & tok long. Mak Lang masih anggun, dengan kulit yang licin & kurus cekeding. Kak Long sebijik muka Jaji. Hehe...kurus (tapi lani lebih cun berbanding dulu). Mak Teh dengan gaya terkezutnya.. konon mencuba kelainan semasa fotografi. Mak Cek dari dulu hingga kini suka bergaya ayu2 gitu...dengan senyum sengetnya. Mak Da yang masih diselubungi ketomboiannya... sebijik ali imran. Dan Yuni yang menjadi kesayangan (dolu2 la). Bergaya dengan tracksuit kira hebat la...
Posted by Picasa
0 comments

Happy Birthday, Siti!


Happy 12th Birthday to Siti Khadijah

3 July 2009

Semoga Menjadi Anak Yang Solehah
&
Berjaya Di Dunia dan Akhirat

Belajar Rajin2...UPSR semakin hampir...


0 comments

Lama Tak Balik Kampung

Disebabkan minggu lepas, minggu ni dan minggu depan tak dapat balik kampung, tak adalah berita yang nak diupdatekan di sini...huhu... 2 minggu lagi baru boleh balik kampung...
Yang pastinya;

~ Mira sibuk mengecat rumah

~ Kak Long setia dengan handset di tangan

~ Yuni yang masih enjoy, tak sedar STP semakin hampir

~ Ompes dengan ayam-ayamnya & kucing-kucingnya
0 comments